Jumaat, 25 Januari 2013

Perasaan itu

Hari ini aku berjumpa dengannya untuk memberi sepucuk surat yg telah aku siapkan. Mungkin brjumpe hnye sbentar, tp jatungku berdegup kencang seperti ingin jatuh air mata yg dh lama bergenang di kelopak mataku. Ku memalingkan muka agar tidak jatuh air mataku, betapa besarnya ego ku ini untuk tidak menangis di hadapan nya. aku kuatkan semangat untuk meneruskan langkah mencapai cita2 yg aku pernah impikan satu ketika dulu. Biarlah dy truskan dengan caranya, dan biarlah aku pergi membawa diri. Biarlah aku hanya bercinta hanya pada Dia yang satu.. Teringat pesan kawanku agar tidak meletakkannya Dia pada keutamaan dan inilah dunia yang penuh denga cabaran manis dan pahit. :)

Khamis, 24 Januari 2013

Cinta

Ade ape dengan cinta sebnarnya? lepas aku dh sedar yg cinta ni bukan sesuatu yg mudah.. aku rase kosong sejak aku kehilangan dia. Tapi setelah aku tabahkan hati, aku berdoa, aku berfikir mnggunakan otak yg ade, guna kuasa akal yg tuhan beri, baru aku sedar sesuatu yg aku xpernah sedar sebelum ni. sbenarnye menghargai seseorang itu perlu, tp apabila kite sudah kehilangan dy, kita akan tau betapa besarnya kehadiran dia dalam diri kite.. tp aku juga selalu berfikir, untuk apa cinta ini? setelah beberapa hari, mngkin memakan masa untuk aku memahami, baru aku sedar bahawa cinta yg sejati hanya untuk Ilahi. sesungguhnya, hanya Dia lah tempat kite mencintai dan berharap akan keredhaan nya.. asat ape yg kite buat semua kite mesti mengharap akan keredhaannya. Banyak bende aku belajar dari mula aku masuk untuk praktikal di TM shah alam. Iaitu pembelajaran tentang kehidupan, sesuatu yg xkn dpat untk aku belajar dalam bangku kelas, sesuatu yg kene aku alami sendiri untuk merasai. Aku rase kosong, aku mencari ketenangan, aku mencari sesuatu yg hilang, baru aku sedar yg aku dh jauh dari tuhan.. Mengharap sesuatu biarlah hanya pada tuhan, inilah masa untuk aku terus berlari, untuk mengubah semua yg telah aku silap. Aku akan berubah, untuk kembali seperti dulu..