Ahad, 30 Ogos 2009

Sedekah Melalui Senyuman

en

Dari Abu Dzar RA., Rasulullah SAW bersabda:

"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"

(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan duit. Tapi... benarkah senyum itu mudah?? Senyum adalah luahan batin.Ia merupakan ciri khas manusia.Begitu mudah jatuh hati kepada seseorang yang tersenyum. Firman Allah "Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Ali-Imran : 159).

Senyum juga adalah pengikat hati dan pertautan jiwa.Ia boleh memberi kesan lebih dari nilai kebendaan. Dengan senyuman juga ia mampu menyejukkan hati.Kesatuan dari hati dan jiwa mesti diliputi dengan suasana ruh yang terpancar dari ruh Allah.Itulah cinta.Cinta mampu melahirkan senuman dari hati, yang mampu melapangkan dada.

Senyum juga adalah salah satu dari peribadi Rasulullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan